Saturday, 14 December 2013

Permulaan seorang runner…



Assalamualaikum semua,

Ini kisah aku dalam tempoh 5 tahun yang lalu…

Aku seorang Papa kepada seorang anak, seorang suami kepada seorang isteri dan seorang pekerja di sebuah syarikat dan makmal. Rutin harian sepanjang hari bekerja 

6-7am :
bangun, solat
7-8 am :
bertapa di dalam bilik air, breakfast
8-8.45 am :
menunggang motor ke ofis (jarak ± 40 km)
9-5.30 pm :
menjelma menjadi zombie di ofis, mengadap computer dan dokumen sepanjang masa
5.30-6.15 pm :
menunggang motor balik ke rumah
6.16-7.30 pm :
melepak di kerusi sambil membelek henfon, tv dan majalah sambil menunggu isteri siap memasak
7.30-8 pm :
Makan bersama isteri dan anak
8-10 pm :
Solat dan rehat
Bersiap untuk esok dan tidur

Rutin yang nampak biasa tu lah yang aku lalui dari minggu ke minggu sejak beberapa tahun lalu . Aku tahu korang semua pun ada rutin yang macam ni, malah mungkin lebih teruk lagi. Sehinggalah pada suatu hari, kepala aku rasa pening, bahagian belakang badan selalu sakit (isteri aku dah jadi macam tukang urut), perut memboroi.

Teringat pula nasib arwah datuk yang meninggal dunia kerana strok, arwah ayah aku yang menderita dan terpaksa berperang dengan ubat-ubatan untuk mengawal kencing manis dan darah tinggi…dan mengenangkan nasib aku yang berkemungkinan mengidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung suatu hari nanti.

Risau pula nanti anak aku kehilangan Papa di kala masih kecil. Lebih menakutkan aku, risau pula kalau-kalau anak aku nanti mengikut jejak langkah aku menjadi gemuk dan malas menjaga kesihatan. Aku bertekad untuk melakukan sesuatu kerana aku masih muda.

Di sinilah bermula detik seorang papa yang ingin berubah demi menjadi contoh yang baik kepada anak dan juga untuk menjaga kesihatan. Ajal tu ajal jugak, kalau sendiri tak jaga kesihatan, menempah ajal namanya.

Teruskan bersama blog aku, insyaAllah ada banyak ilmu berguna yang akan aku kongsikan nanti.